- Sila tekan CTRL ++ untuk membesarkan tulisan...
SERTAI KAMI
Anda,dijemput bersama-sama menyertai Angkatan Muda Keadilan Muar samada sebagai ahli dan sukarelawan untuk sama-sama menyumbang idea dan tenaga ke arah merealisasikan Malaysia Baru. Muat turun borang pendaftaran keahlian KeADILan . Dukungan anda amat bermakna buat Malaysia!
-
-
Sebarang komen dan cadangan boleh diajukan kepada kami di email : amkmuar@gmail.com
SUMBANGAN ANDA!
Angkatan Muda Keadilan Malaysia amat memerlukan dana untuk menggerakkan aktiviti dan perjuangan rakyat. Harap dapat disumbangkan terus ke akaun CIMB 1427-0004439-051 atas nama Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat. Terima kasih.
AMK NEGERI
AMK BAHAGIAN
PKR Negeri Johor
AMK MALAYSIA
- An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
SUARA KEADILAN
- An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
MALAYSIAKINI
- An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
-
TERKINI
- Jentera Siap Sedia Hadapi PRU13
- Pesanan Khas
- PENYERAHAN SURAT BANTAHAN BERKENAAN KEDUDUKAN ROSMAH MANSOR SEBAGAI CANSELOR UNISEL
- Pembelian Eurocopter ‘Bersih’: PAC Diarah Untuk Lindung Imej Najib?
- Eurocopter: AMK Akan Pantau Siasatan BPR
- Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Gemilang Johor
- SELAMAT MENUNAIKAN HAJI
- Modal Insan Islam Hadhari?
- Lagi Skandal!
- KEPUTUSAN MAHKAMAH KG. PLENTONG TENGAH : KETUA CAW. UMNO PENGHIANAT BANGSA
- (no title)
- MAWI PERJUANGAN MU MASIH KAMI RASAI & SALAM BERBAHAGIA
- Pastikan Najib tidak menjadi PM Malaysia!
- SYAWAL BERSAMA AMK JOHOR
- Suara Rakyat dari www.kerajaanrakyat.com
- SEMINAR KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN 2008
- Insiden Kampung Plentong Tengah Bukti Umno Pengkhianat Melayu – Ketua AMK Malaysia
- AMK MUAR bongkar ‘KISAH SEBENAR’ disebalik Kg Plentong Tengah
- KG. PLENTONG TENGAH : AMK MUAR BERSAMAMU
- Kg. Plentong: Rumah dan surau bakal diroboh?
March 2023 M T W T F S S 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 Meta
Blog Stats
- 3,622 hits
PENYERAHAN SURAT BANTAHAN BERKENAAN KEDUDUKAN ROSMAH MANSOR SEBAGAI CANSELOR UNISEL
Jemputan Media
4 November 2008
Saudara/i Ketua Pengarang,
PENYERAHAN SURAT BANTAHAN BERKENAAN KEDUDUKAN ROSMAH MANSOR SEBAGAI CANSELOR UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR (UNISEL)
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor bersama-sama dengan Dewan Pemuda PAS Selangor dan wakil DAP Selangor akan menyerahkan surat bantahan kepada Menteri Besar Selangor berkenaan kedudukan Rosmah Mansor sebagai Canselor UNISEL.
Surat bantahan ini adalah bertujuan untuk menyatakan “protes” terhadap kedudukan Rosmah Mansor sebagai Canselor UNISEL dan mendesak Menteri Besar dan pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor SEGERA menggantikan Rosmah Mansor dengan calon yang lebih BERMORAL dan BERINTEGRITI.
Berikut adalah butiran lanjut:
Tarikh : 5 November 2008 (Rabu)
Tempat : Perkarangan Bangunan SSAAS, Shah Alam.
Masa : 2.30pm
Diharapkan agar para wartawan/jurugambar dapat hadir untuk membuat liputan. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi nombor telefon seperti yang tertera dibawah.
Kerjasama dari pihak tuan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
Harapan Baru Untuk Malaysia
Khairul Anuar Ahmad Zainudin
Ketua AMK Selangor
(019 – 205 7498)
Lau Weng San
Wakil DAP Selangor, ADUN Kg. Tunku
(016 – 323 1563)
Sallehin Mukhyi
Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor
(019 – 236 1830)
Pembelian Eurocopter ‘Bersih’: PAC Diarah Untuk Lindung Imej Najib?
Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
4 November 2008
Pembelian Eurocopter ‘Bersih’: PAC Diarah Untuk Lindung Imej Najib?
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) begitu kesal dengan keputusan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) yang mengambil keputusan untuk menutup siasatan skandal pembelian Eurocopter tanpa sebarang penemuan yang munasabah.
Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid dilaporkan sebagai berkata tiada sebarang penyelewengan dari segi prosedur dalam pembelian helikopter Eurocopter tersebut dan penilaian dari segi teknikal dan kewangan pembelian 12 helikopter itu yang keseluruhan berharga RM1.604 bilion termasuk pakej ofset adalah mengikut piawaian antarabangsa.
Kenyataan ini adalah sesuatu yang mengecewakan dalam keadaan harga tersebut adalah jauh berbeza dengan jumlah yang dibelanjakan oleh negara-negara seperti India dan Brazil yang boleh membeli lebih daripada 50 buah helikopter yang sama pada kadar RM1 billion.
AMK juga kesal apabila PAC sekadar ‘kurang senang’ dek kerana tiada penilaian fizikal dilakukan terhadap helikopter yang bakal dibeli sebelum kerajaan membuat sebarang keputusan. Sewajarnya, dalam sebarang pembelian aset, uji cuba perlu dilaksanakan agar ianya dijamin selamat dan tidak membahayakan kepada pengguna, khususnya senjata dan juga pengangkutan. Dalam konteks profesionalisme urusniaga, sebarang pembelian barangan khususnya aset seumpama ini perlu diuji cuba terlebih dahulu, bukannya sekadar melihat spesifikasi melalui dokumen dan terus meluluskan tanpa sebarang tindakan susulan.
AMK melihat bahawa PAC telah gagal memainkan peranannya untuk memanggil Najib Tun Razak selaku mantan Menteri Pertahanan yang bertanggungjawab meluluskan pembelian berkenaan, sebaliknya hanya membuat penilaian berdasarkan laporan daripada Kementerian Pertahanan yang pastinya telah diatur dan disusun supaya ‘cantik dipandang dan sedap didengar’.
Apa yang menghairankan ialah sebarang kes melibatkan Najib, seperti kes Altantuya dan yang terbaru kes Eurocopter ini, pasti akan ‘disenyapkan’ oleh pihak berkenaan. Apakah ini satu pelan terancang untuk menyembunyikan kekotoran yang boleh memalitkan imej Najib yang begitu bersemangat untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri menjelang Mac 2009?
AMK kekal konsisten dengan kenyataan terdahulu bahawa BPR perlu meneruskan siasatan meskipun PAC menetapkan tidak ada apa yang berlaku di sebaliknya.
Imej kerajaan dan negara perlu dibersihkan agar wang rakyat tidak dibazirkan oleh pemimpin Umno-BN dengan sewenang-wenangnya.
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Posted in hebahan
Leave a comment
Eurocopter: AMK Akan Pantau Siasatan BPR

Menurutnya lagi, pemantauan ini harus dilakukan supaya BPR tidak akan leka atau ketinggalan dalam apa jua isu untuk menutup mata rakyat berkaitan isu ini.
“Buat masa sekarang, kami ambil sikap tunggu dan lihat walaubagaimanapun kami akan membuat pemantauan rapi untuk melihat sejauh mana ketulusan BPR menyiasat isu ini,” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan Online hari ini.
Jelasnya lagi, beliau berpegang pada janji Abdullah Ahmad Badawi yang menyatakan akan melakukan pembaharuan pada BPR sebelum mengakhiri tugasnya sebagai seorang Perdana Menteri.
“Saya ada sedikit keyakinan bahawa BPR akan menjalankan tugas dengan baik dan saya percaya ini ada kaitan dengan janji Abdullah yang berkata akan membawa perubahan pada BPR,” katanya lagi.
Media perdana hari ini melaporkan, Ketua Pengarah BPR, Ahmad Said Hamdan berkata R) sudah membuka kertas siasatan berhubung isu cadangan pembelian 12 helikopter Eurocopter C-725 yang bernilai RM1.607 bilion.
Menurut Ahmad Said juga dipetik berkata Pegawai BPR sudah ke Kementerian Pertahanan untuk mendapatkan maklumat berhubung isu itu kerana BPR mahu melihat sama ada ia dilakukan mengikut prosedur atau ada kepincangan.
Mengulas lebih lanjut, Shamsul turut menuntut agar Timbalan Perdana Menteri, Najib Abdul Razak dipanggil untuk memberi keterangan kepada BPR berdasarkan kaitan beliau di dalam skandal ini.
“Ketika ianya diluluskan, Najib adalah Menteri Pertahanan. Oleh yang demikian beliau wajar dipanggil untuk memberi keterangan berhubung perkara berkenaan,” menurutnya lagi.
Selasa lalu, Abdullah yang juga Menteri Pertahanan mengumumkan kerajaan menangguhkan pembelian 12 helikopter itu sehingga keadaan ekonomi dunia stabil bagi menumpukan perhatian pada projek lebih penting.
24 Oktober lalu, TIGA sayap pemuda Pakatan Rakyat telah membuat laporan kepada BPR mengenai penglibatan Timbalan Perdana Menteri Najib Abdul Razak.
Laporan berkenaan dibuat berdasarkan pendedahan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di Parlimen sewaktu perbahasan bajet 2009 di Parlimen 13 Oktober lalu berdasarkan sepucuk surat yang dihantar oleh sebuah syarikat pembida lain
Syarikat pembida helikopter berkenaan, Mentari Services, dalam surat berkenaan telah memberitahu bahawa kerajaan telah bersetuju membeli 10 unit Eurocopter yang lebih mahal daripada pembida lain yang menawarkan helikopter yang berkeupayaan yang sama pada nilai yang lebih murah dan menjimatkan.
Sebelum itu, pada 20 Oktober lalu satu laporan polis telah dibuat keatas, Najib Abdul Razak terhadap penyelewengan dan salah guna kuasa mengenai skandal pembelian Eurocopter semasa beliau menjawat jawatan Menteri Pertahanan.
Pada 26 September lalu, Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan kerajaan akan menggantikan angkatan helikopter Nuri kepada Eurocopter Cougar EC725 buatan Perancis. Bagi tujuan tersebut, kerajaan memperuntukkan sekurang-kurangnya RM1.93 bilion untuk membeli 12 unit helikopter baru.
Harga tender yang ditawarkan Eurocopter bagi 10 helikopter itu adalah RM2.317 bilion dan adalah harga yang paling tinggi. Mentari Services, melalui syarikat induk Kelowna Flightcraft menawarkan helikopter buatan Rusia Mi-172 KF pada harga RM898 juta, manakala syarikat pembuat Nuri, Sikorsky dari Amerika Syarikat, menawarkan helikopter alaf baru S-92 pada harga RM1.452 bilion.
Selain itu, AMK turut menggesa agar BPR mempercepatkan proses pendakwaan ke atas Abd Gani Patail setelah Ketua Pengarah BPR mendedahkan bahawa siasatan kes insiden “mata lebam” Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa dalam tahanan 10 tahun lalu telahpun selesai.
“BPR tidak boleh melengah-lengahkan sama sekali pendakwaan kes ini memandangkan keadaan ini tidak diadili sewajarnya dalam keadaan ia akan membiarkan individu-individu tertentu terus berkeliaran dan memungkinkan penyalahgunaan kuasa yang lebih besar berlaku,” katanya lagi
Katanya lagi, Perdana Menteri digesa lebih serius dengan komitmen beliau membersihkan sistem keadilan di Malaysia, dengan menggantung tugas Abd Gani dan Ketua Polis Negara, Musa Hassan agar memudahkan BPR meneruskan pendakwaan ke atas mereka.
“Wang rakyat dan sistem keadilan negara adalah amanah dan tidak boleh diseleweng demi memuaskan nafsu dan tembolok politikus rakus. Justeru BPR wajar meneruskan siasatan tanpa kompromi demi mempertahankan kebenaran untuk rakyat terbanyak,” katanya lagi.
Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Gemilang Johor
AMK Johor dengan kerjasama urusetia AMK Johor Bahru mempelawa semua warga Malaysia tanpa had umur untuk menyertai Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Gemilang Johor.
Maklumat kejohanan seperti berikut :-
1. Tarikh : 16hb Disember 2008 ( Ahad )
2. Tempat : Johor Bahru
3. Yuran Penyertaan : RM 50.00
4. Syarat khusus : Hanya seorang sahaja bekas pemain negeri / daerah boleh mewakili regu dan 5 tahun kebawah.
5. Pendaftaran sebelum 10 Dis. 2008
6. Hadiah : Johan RM 600.00 Naib Johan RM 400.00 Ketiga 200.00
Maklumat & Pendaftaran hubungi : En. Azlan (017 7418884) En. Zabidie (019 7564699)
SELAMAT MENUNAIKAN HAJI
AMK Johor mendoakan kehadrat Ilahi agar semua bakal Jemaah Haji/Hajjah khususnya dari Negeri Johor agar mendapat Haji yang mabrur. Dimudahkan keberangkatan dan selamat kembali ke tanah air .
Jika terdapat dikalangan Ahli dan pendokong PKR amnya di Johor yang telah mendaftar untuk berangkat ke Mekah, sila hubungi AMK Johor. Kami bersedia meraikan mereka.
Jika terdapat dikalangan Ahli dan pendokong PKR amnya di Johor yang telah mendaftar untuk berangkat ke Mekah, sila hubungi AMK Johor. Kami bersedia meraikan mereka.
Salam kasih sayang Muslim
Bendahari AMK Johor
amkjohor@yahoo.com
Posted by PEMACU GEMILANG JOHOR
Posted in Uncategorized
Leave a comment
Lagi Skandal!
Sumber SMS
” Dato’ Seri Anwar Ibrahim fail isu tergempar skandal Maybank, Broadband dan Eurocopter, gesa ditubuh Suruhanjaya Di Raja. Mungkin dibahas hari ini. Kalau usul ditolak, Sidang Akhbar pukul 12 tengahari di Parlimen”
KEPUTUSAN MAHKAMAH KG. PLENTONG TENGAH : KETUA CAW. UMNO PENGHIANAT BANGSA
Suasana kecoh diluar Mahkamah Tinggi Johor Bahru berlaku apabila Pegumbela dan penduduk Kg Plentong Tengah apabila Hakim memberitahu bahawa Afidavit pembelaan untuk meroboh rumah mereka ditarik balik.
Dikatakan Ketua Cawangan Umno Kg Plentong Tengah (penduduk) telah datang ke mahkamah semalam dan meminta Afidavit pembelaan yang difailkan dibatalkan. Penghakiman muktamat sidang hari ini semuanya dirobohkan.
Hari ini hakim memutuskan bahawa penduduk Kg. Plentong Tengah wajib merobohkan sendiri rumah mereka pada atau sebelum 31 Dis. 2008.
Dalam suasana tegang dan sedih itu beberapa orang AMK Johor hanya menasihat penduduk agar bersabar dan menerima hakikat bahawa dikalangan mereka Ahli Umno menjadi penghianat bangsa sendiri.
Penduduk telah ‘dalam terpaksa’ membuat akuan di hadapan Hakim untuk merobohkan rumah mereka sendiri sebelum 31 Dis 2008. Jika tidak esok rumah terpaksa dikosongkan dan dirobohkan oleh Pemaju Bukit Lenang.
AMK Johor tidak menyangka UMNO menjadi penghianat bangsa melayu. Sia-sia semua usaha kami disebabkan si pengkhianat ini.