BN makin berpecah. 2 MP dari SAPP sah keluar BN.SAPP umum keluar dari Barisan Nasional! Timbalan Presiden SAPP Raymond Tan letak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah! Alasan beliau tidak yakin lagi dengan kepimpinan Perdana Menteri.
Parti Maju Sabah (SAPP) telah memutuskan untuk keluar dari Barisan Nasional.
Majlis Tertinggi SAPP yang bermesyuarat hari ini, bagaimanapun memutuskan bahawa ia tidak akan menyertai Pakatan Rakyat.
Timbalan Presiden SAPP, Datuk Raymond Tan yang kecewa dengan keputusan itu, telah meninggalkan mesyuarat tersebut.
Katanya, beliau akan meletak jawatan timbalan ketua menteri dan menteri pembangunan infrastruktur negeri.
SAPP mempunyai dua ahli parlimen dan empat anggota dewan undangan negeri.