SIDANG TERGEMPAR DEWAN RAKYAT SELEWATNYA 23 SEPTEMBER

Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi telah mengumumkan Pakatan Rakyat  telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menuntut supaya diadakan sidang tergempar Dewan Rakyat, selewat-lewatnya pada hari Selasa 23 September ini kerana mendakwa dewan telah hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, surat itu dibuat mengikut Peraturan 11 (3) Parlimen dan menuntut tindakan segera diambil kerana permasalahan politik yang berpanjangan.

Katanya, surat tersebut ditandatangani oleh beliau sendiri, pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Wartawan sekali lagi menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan senarai Ahli Parlimen (MP) yang akan berpaling tadah dari Barisan Nasional tetapi beliau tetap enggan mendedahkan atas alasan pihak MP itu sendiri mahu identiti mereka dirahsiakan untuk tujuan keselamatan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memberitahu wartawan beliau akan mendedahkan senarai tersebut kepada Perdana Menteri sendiri dan menuntut peralihan kuasa secara aman.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s