Perubahan kuasa akan berlaku esok?

Antara perbualan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Rumah Terbuka di Cherok To’kun:

“Perubahan kuasa akan berlaku, Pakatan Rakyat akan melancarkan serangan terakhir pada hari isnin di Parlimen”

“Kita akan memasuki peringkat terakhir, biarlah mereka mengritik dan mengutuk! Mereka telah memonopoli media masa, apa yang kamu lihat adalah benda UMNO belaka”

“Perubahan kuasa akan berlaku, perbahasan di Parlimen mengenai Belanjawan pada hari isnin bakal menjadi medan perang”

“Kami memilih untuk mematuhi Perlembagaan dan prosedurnya, tetapi kami telah menghadapi Perdana Menteri yang tidak lihat kepada situasi semasa negara, tidak menghormati sistem demokrasi”

“Kamu kata kami hanya menurut, tetapi apabila kami ingin bertindak pula dikatakan terlalu agresif. Sebenarnya pemimpin Pakatan Rakyat telah bersetujui untuk peralihan kuasa secara aman, walaupun perlu ditangguhkan sehingga menjejaskan nama baik saya”

“Timbalan Perdana Menteri berkata, ekonomi negara kukuh. Nampaknya dialah satu satunya pemimpin dunia yang masih menganggap ekonomi negara masih kukuh walaupun kemelesetan ekonomi melanda seluruh dunia”

“Negara yang ekonominya kukuh seperti Jepun, Korea, England, Amerika dan Germen telah terkejut dengan kehadiran kemelesetan ekonomi dunia, hanyalah Najib yang kata semuanya baik baik belaka. Inilah yang perlu kita sedar, maka kita tiada pilihan, kita perlu melakukan revolusi ekonomi negara”

“Jika kamu gagal menerima realiti negara menghadapi kemelesetan ekonomi, kamu akan menghadapi masalah besar”. – gomalaysian

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s