KG. PLENTONG TENGAH : AMK MUAR BERSAMAMU








AMK Muar bersama dengan AMK dari seluruh Johor  dengan semangat kental  telah bersama-sama dengan penduduk Kg. Plentong Tengah bagi memberikan sokongan kepada mereka dalam membantah usaha pihak Pemaju Bukit Lenang Developement Sdn Bhd untuk merobohkan 310 buah rumah termasuk surau di kampung mereka.. Kami bersama-sama AMK Kulai juga telah ditahan Polis selama kira-kira 40 minit di pintu masuk utama ke Kg Plentong Tengah. Kenderaan kami juga diperiksa sepenuhnya. Setelah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak Polis, kami telah dilepaskan dengan syarat tidak memasuki Kg Plentong Tengah. Walaubagaimanapun dengan bantuan Saudara Kassim, kami telah berjaya menyusup masuk ke dalam kampung melalui ‘lorong tikus’.

15 Oktober 2008.

* 10.00 pagi Anggota Polis Johor Jaya memula Sekatan jalan raya
* 5.00 Petang Ketibaan 20 AMK Johor Bahru
* 5.20 Petang Ketibaan 15 AMK Muar dan Kulai ke Taman Universiti untuk mendengar taklimat ringkas sebelum bergerak ke Kg. Plentong Tengah.
* 5.30 Petang Anggota Polis menambah bilangan bagi menghalang orang luar masuk
* 6.00 Petang Ketibaan 25 AMK dari beberapa bahagian dari Tenggara, Simpang Ranggam.
* 6.30 Petang Wakil penduduk diwakili Wak Pian mulai gusar kerana penduduk ada yang dihalang untuk pulang kerumah.
* 7.30 Malam 5 AMK Muar dan 5 AMK Kulai ditahan Polis di pintu masuk Kg Plentong Tengah selama lebih kurang 1 jam sebelum dilepaskan dengan syarat beredar dari kampung tersebut.
* 8.40 Malam AMK Muar dan Kulai akhirnya berjaya dibawa masuk oleh En.Kassim (Ketua Jawatankuasa Bertindak) Kg Plentong Tengah melalui ‘lorong tikus’.
* 8.45 Malam Penduduk Kg. menjamu AMK Johor yang ingin tidur bersama-sama mereka.
* 10.00 Mlm Wakil penduduk menyerahkan rumah usang untuk kami bermalam di bersebelahan surau.

16 Oktober 2008

* 5.30 Pagi Sholat Subuh berjemaah bersama penduduk
* 6.30 pagi Penduduk Kg. menyediakan sarapan.
* 7.00 Pagi – ketibaan beberapa lagi AMK Johor.
* 7.45 Pagi Ketibaan 4 Kontigen FRU dengan anggota lebih kurang 200 Anggota
* 8.00 pagi Anggota Polis menambah lagi Anggota
* 8.10 Pagi Lebih kurang 300 orang temasuk dari PKR, PAS, DAP, PRM dan NGO dapat memasuki Kampung
* 8.20 pagi Sdr. Mohd Nazri terpaksa menenangkan penduduk Kg. yang semakin panik. Polis menabah lagi anggota
* 8.30 pagi FRU mula mengepung kami. Penduduk semakin panik.
* 9.30 Pagi Rayuan kami telah diterima agar penagguhan merobohkan premis.
* 10.30 Pagi Pemaju memberitahukan kami tarikh berikutnya 29hb Oktober 2008.

* 10.31 Pagi1. Kira-kira 10 rumah kosong telah dirobohkan
2. 100 orang penduduk dan NGO telah di pukul oleh FRU dan Polis
3. 24 penduduk telah ditahan oleh Polis
4. Bantahan penduduk telah meningkat kepada 4,000-5,000 orang.
5. Mangsa yang telah dipukul telah dihantr ke Klinik dan Hospital.

6. MENTERI BESAR JOHOR SEDANG MENJAMU PARA STAFF DAN AHLI UMNO SEMPENA SAMBUTAN AIDIL FITRI DI KEDIAMANNYA.

* 11.30 Pagi Ketibaan Sdr. Samsul Iskandar dan beberapa Exco AMK Malaysia ke Kg. Plentong Tengah
*12.00 tgh/hari – Dato’ Seri Anwar Ibrahim menghubungi AMK berjanji untuk berunding dengan pihak pemaju bagi menyelesaikan isu perobohan di Kg. Plentong Tengah.
* 12.30 tgh/hari – FRU & polis makan tengahari yg telah disediakan oleh pihak pemaju.
– Helicopter PDRM masih berlegar-legar
* 1.30 pm – Setakat ini 28 orang telah di tahan termasuk 2 wanita.
* 1.50 pm – Pihak FRU & pemaju meneruskan meroboh rumah penduduk walaupun ketika ini hujan.

This entry was posted in berita, hebahan and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s