AMK MUAR bongkar ‘KISAH SEBENAR’ disebalik Kg Plentong Tengah

AMK Bahagian Muar telah menemubual beberapa penduduk kampung termasuk Ketua UMNO Cawangan Kg Plentong Tengah dalam merungkai kisah sebenar disebalik Isu Perobohan Kg Plentong ini. Beberapa maklumat telah berjaya kami sahkan dan kami akan paparkan dalam ‘post’ yang berikutnya. Pendedahan ini juga boleh diikuti dalam Rencana Rakyat setelah keseluruhan sumber dan maklumat ini kami sahkan!

Tunggu!!!

KRONOLOGI KG PLENTONG TENGAH

1984 – 1986 – KAMI telah meneroka dan menduduki tanah lot tersebut dalam keadaan hutan rimba dan telah mendapat sokongan kuat daripada pelbagai pihak terutamanya Wakil Rakyat mereka ketika itu lalu KAMI memohon serta mengisi borang permohonan tanah dengan bayaran RM 10.00 di pejabat Tanah Daerah Johor Bahru dan kemudian tanah tersebut telah diberi nama KG BARU PLENTONG TENGAH. (KBPT).

1987 – PTG telah dikurniakan KBPT kepada Mosbert Berhad (MB). KBPT telah bertukar pemilik sebanyak 2 kali dalam masa dan waktu yang sama. Mosbert Berhad (MB) —> Jet Ace Const (JAC) —> Oakfield Ent.

1989 – 1993 – Atas niat untuk memiliki KBPT secara sah dan di atas sokongan serta galakan Wakil Rakyat dan pelbagai pihak, persetujuan telah dibuat dengan OE tersebut setelah tawaran menjual tanah lot kepada KAMI dengan kadar nilai RM 5.00 bagi setiap kaki persegi dan sejumlah RM 417, 307.93 telah dikumpulkan sebagai bayaran 10 % daripada harga jualan telah di songlap oleh peguam yang dilantik.

1994-1995 – KAMI sekali lagi ditawarkan utk membeli KBPT secara individu dengan bayaran wang pendahuluan sebanyak RM 3K iaitu 10 % dari jumlah keseluruhan. Seramai 236 orang telah membuat bayaran berjumlah RM 820,000.00 kepada firma guaman milik OE.

1996 – OE telah menjual KBPT kepada Bukit Lenang Devp. ( BLD ).

1999 – PENEMPATAN SEMULA – Dari lebih 345 penduduk, hanya 179 yang ditawarkan dan hanya 123 yang terima kurnia.

2000 – RUMAH IBU – BLD menawarkan utk membina rumah ibu di penempatan semula, tapi TIPU.

2006 – TAWARAN MUHIBAH #1 – Melalui YB Datuk Seri Khaled (DSK), BLD menawarkan pampasan RM 10K + RM 2K, KAMI ajak runding BLD buat derk.

2007 – RUMAH MESRA RAKYAT – seramai 134 penduduk yang dikurniakan penempatan semula menghadiri temuduga syarikat Perumah Negara Berhad, tapi takde respond.

2007 – TAWARAN MUHIBAH #2 – BDL tawarkan RM 2K dan bina jalan di penempatan semula, KAMI ajak runding, BDL buat derk jugak. Lastly tak jadi bina jalan & tukar nak ratakan tapak plak, tapi tipu gak.

2007 – RUMAH KOS RENDAH – 67 Generasi ke2 KAMI memohon rumah kos rendah melalui TN HJ BAHA ( Pegawai Khas DSK ) tapi di pendam sehingga OGOS 2008.

15 OGOS 2008 – KALAH DI MAHKAMAH – Hampir 3K penduduk KBPT hendak dihalau dari Kampung Halaman Kami.

15 OKTOBER 2008 – DIMINTA HADIR KE PLENTONG, BERDEKATAN DENGAN LAMAN TASEK PANDAN, TAMAN MOLEK, JOHOR BAHRU, JOHOR. Untuk menghentikan pencerobohan ini.

DISEDIAKAN OLEH :
JENTERA KOMUNITI BELIA
JAWATANKUASA BERTINDAK (JKB) KBPT.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

1 Response to AMK MUAR bongkar ‘KISAH SEBENAR’ disebalik Kg Plentong Tengah

  1. AMK JOHOR says:

    Kami ucap tahniah dan terima kasih diatas inisitif dan kerja keras AMK Muar. Kami mencadangkan AMK Muar mula meyusun program setempat dan sebagainya utkAMK Muar. Contoh : Highlight Program AMK Johor

    Pemuda Pemacu Gemilang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s