Eurocopter: AMK Akan Pantau Siasatan BPR

KUALA LUMPUR – ANGKATAN Muda KeADILan (AMK) akan membuat pemantauan pada setiap siasatan yang akan dilakukan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) berkaitan isu pembelian Eurocopter kata ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Menurutnya lagi, pemantauan ini harus dilakukan supaya BPR tidak akan leka atau ketinggalan dalam apa jua isu untuk menutup mata rakyat berkaitan isu ini.

“Buat masa sekarang, kami ambil sikap tunggu dan lihat walaubagaimanapun kami akan membuat pemantauan rapi untuk melihat sejauh mana ketulusan BPR menyiasat isu ini,” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan Online hari ini.

Jelasnya lagi, beliau berpegang pada janji Abdullah Ahmad Badawi yang menyatakan akan melakukan pembaharuan pada BPR sebelum mengakhiri tugasnya sebagai seorang Perdana Menteri.

“Saya ada sedikit keyakinan bahawa BPR akan menjalankan tugas dengan baik dan saya percaya ini ada kaitan dengan janji Abdullah yang berkata akan membawa perubahan pada BPR,” katanya lagi.

Media perdana hari ini melaporkan, Ketua Pengarah BPR, Ahmad Said Hamdan berkata R) sudah membuka kertas siasatan berhubung isu cadangan pembelian 12 helikopter Eurocopter C-725 yang bernilai RM1.607 bilion.

Menurut Ahmad Said juga dipetik berkata Pegawai BPR sudah ke Kementerian Pertahanan untuk mendapatkan maklumat berhubung isu itu kerana BPR mahu melihat sama ada ia dilakukan mengikut prosedur atau ada kepincangan.

Mengulas lebih lanjut, Shamsul turut menuntut agar Timbalan Perdana Menteri, Najib Abdul Razak dipanggil untuk memberi keterangan kepada BPR berdasarkan kaitan beliau di dalam skandal ini.

“Ketika ianya diluluskan, Najib adalah Menteri Pertahanan. Oleh yang demikian beliau wajar dipanggil untuk memberi keterangan berhubung perkara berkenaan,” menurutnya lagi.

Selasa lalu, Abdullah yang juga Menteri Pertahanan mengumumkan kerajaan menangguhkan pembelian 12 helikopter itu sehingga keadaan ekonomi dunia stabil bagi menumpukan perhatian pada projek lebih penting.

24 Oktober lalu, TIGA sayap pemuda Pakatan Rakyat telah membuat laporan kepada BPR mengenai penglibatan Timbalan Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Laporan berkenaan dibuat berdasarkan pendedahan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di Parlimen sewaktu perbahasan bajet 2009 di Parlimen 13 Oktober lalu berdasarkan sepucuk surat yang dihantar oleh sebuah syarikat pembida lain

Syarikat pembida helikopter berkenaan, Mentari Services, dalam surat berkenaan telah memberitahu bahawa kerajaan telah bersetuju membeli 10 unit Eurocopter yang lebih mahal daripada pembida lain yang menawarkan helikopter yang berkeupayaan yang sama pada nilai yang lebih murah dan menjimatkan.

Sebelum itu, pada 20 Oktober lalu satu laporan polis telah dibuat keatas, Najib Abdul Razak terhadap penyelewengan dan salah guna kuasa mengenai skandal pembelian Eurocopter semasa beliau menjawat jawatan Menteri Pertahanan.

Pada 26 September lalu, Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan kerajaan akan menggantikan angkatan helikopter Nuri kepada Eurocopter Cougar EC725 buatan Perancis. Bagi tujuan tersebut, kerajaan memperuntukkan sekurang-kurangnya RM1.93 bilion untuk membeli 12 unit helikopter baru.

Harga tender yang ditawarkan Eurocopter bagi 10 helikopter itu adalah RM2.317 bilion dan adalah harga yang paling tinggi. Mentari Services, melalui syarikat induk Kelowna Flightcraft menawarkan helikopter buatan Rusia Mi-172 KF pada harga RM898 juta, manakala syarikat pembuat Nuri, Sikorsky dari Amerika Syarikat, menawarkan helikopter alaf baru S-92 pada harga RM1.452 bilion.

Selain itu, AMK turut menggesa agar BPR mempercepatkan proses pendakwaan ke atas Abd Gani Patail setelah Ketua Pengarah BPR mendedahkan bahawa siasatan kes insiden “mata lebam” Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa dalam tahanan 10 tahun lalu telahpun selesai.

“BPR tidak boleh melengah-lengahkan sama sekali pendakwaan kes ini memandangkan keadaan ini tidak diadili sewajarnya dalam keadaan ia akan membiarkan individu-individu tertentu terus berkeliaran dan memungkinkan penyalahgunaan kuasa yang lebih besar berlaku,” katanya lagi

Katanya lagi, Perdana Menteri digesa lebih serius dengan komitmen beliau membersihkan sistem keadilan di Malaysia, dengan menggantung tugas Abd Gani dan Ketua Polis Negara, Musa Hassan agar memudahkan BPR meneruskan pendakwaan ke atas mereka.

“Wang rakyat dan sistem keadilan negara adalah amanah dan tidak boleh diseleweng demi memuaskan nafsu dan tembolok politikus rakus. Justeru BPR wajar meneruskan siasatan tanpa kompromi demi mempertahankan kebenaran untuk rakyat terbanyak,” katanya lagi.

Advertisements
This entry was posted in artikel, hebahan and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s