Modal Insan Islam Hadhari?

Siapa ni???

Amacam boleh buat tajuk debat?

Untuk lebih khusus, KLIK SINI

Posted in hebahan | Tagged , , | 2 Comments

Lagi Skandal!

Sumber SMS

” Dato’ Seri Anwar Ibrahim fail isu tergempar skandal Maybank, Broadband dan Eurocopter, gesa ditubuh Suruhanjaya Di Raja. Mungkin dibahas hari ini. Kalau usul ditolak, Sidang Akhbar pukul 12 tengahari di Parlimen”

Posted in hebahan | Tagged , | Leave a comment

KEPUTUSAN MAHKAMAH KG. PLENTONG TENGAH : KETUA CAW. UMNO PENGHIANAT BANGSA

Suasana kecoh diluar Mahkamah Tinggi Johor Bahru berlaku apabila Pegumbela dan penduduk Kg Plentong Tengah apabila Hakim memberitahu bahawa Afidavit pembelaan untuk meroboh rumah mereka ditarik balik.
Dikatakan Ketua Cawangan Umno Kg Plentong Tengah (penduduk) telah datang ke mahkamah semalam dan meminta Afidavit pembelaan yang difailkan dibatalkan. Penghakiman muktamat sidang hari ini semuanya dirobohkan.

Hari ini hakim memutuskan bahawa penduduk Kg. Plentong Tengah wajib merobohkan sendiri rumah mereka pada atau sebelum 31 Dis. 2008.

Dalam suasana tegang dan sedih itu beberapa orang AMK Johor hanya menasihat penduduk agar bersabar dan menerima hakikat bahawa dikalangan mereka Ahli Umno menjadi penghianat bangsa sendiri.

Penduduk telah ‘dalam terpaksa’ membuat akuan di hadapan Hakim untuk merobohkan rumah mereka sendiri sebelum 31 Dis 2008. Jika tidak esok rumah terpaksa dikosongkan dan dirobohkan oleh Pemaju Bukit Lenang.

AMK Johor tidak menyangka UMNO menjadi penghianat bangsa melayu. Sia-sia semua usaha kami disebabkan si pengkhianat ini.


Posted in hebahan | Tagged , | Leave a comment

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Dewan Pemuda PAS Pusat
Pemuda Sosialis DAP
24 Oktober 2008

Skandal Eurocopter: Najib Digesa Digantung Tugas

Pemuda Pakatan Rakyat (Pemuda PR) yang dianggotai oleh Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) dan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) telah mengambil langkah untuk mengemukakan laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini untuk mengemukakan beberapa fakta di sebalik skandal pembelian Eurocopter oleh Kementerian Pertahanan yang melibatkan RM2.317 billion.

Ini adalah tindakan susulan Pemuda PR setelah laporan polis yang dikemukakan oleh Timbalan Ketua AMK, Fariz Musa pada 20hb Oktober 2008 lepas.

Pemuda PR melihat penyelewengan wang rakyat sudah sampai ke satu tahap yang sangat parah, dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi dunia masa kini sangat membimbangkan. Apatah lagi Malaysia sendiri turut terkesan dengan keadaan ini dan sangat memerlukan ketelitian kepimpinan negara khususnya Umno-BN mengendalikan sebarang entuk perbelanjaan yang melibatkan wang rakyat dalam jumlah yang banyak.

Skandal ini sangat serius, dalam keadaan ianya melibatkan RM2.317 billion yang seandainya diagihkan kepada 48,134 rakyat tegar seluruh negara, pastinya ianya boleh menghapuskan kemiskinan tegar di Malaysia.

Jumlah yang sama juga boleh diperuntukkan untuk membina lebih daripada 100 buah sekolah dan pastinya ini boleh memperbaiki masa depan anak-anak bangsa khususnya di luar bandar.

Tetapi sayang, di bawah kepimpinan Umno-BN, jumlah RM 2.317 billion ini hanya diperuntukkan untuk membeli 12 buah helicopter yang mana dengan jumlah yang sama, India mampu membeli lebih daripada helikopter daripada jenis yang sama dan Brazil juga membeli hampir 50 buah helikopter pada jumlah yang sama.

Juster, Pemuda PR berharap agar BPR tidak selektif di dalam hal ini dengan membuka kertas siasatan dengan segera untuk menyiasat skandal ini.

Pemuda PR juga menggesa agar Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menggantung tugas Najib selaku mantan Menteri Pertahanan yang bertanggungjawab meluluskan pembelian Eurocopter ini sehinggalah siasatan dan pendakwaan dilakukan, sekiranya ada.

Sudah sampai masanya institusi polis, BPR dan pastinya Perdana Menteri meletakkan kepentingan rakyat terbanyak sebagai agenda utama demi memastikan setiap sen dan ringgit wang rakyat tidak disalahgunakan oleh individu yang berselindung di balik slogan ‘Ubah Gaya Hidup’.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

YB Salahuddin Ayub
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

YB Anthony Loke Siew Fook (DAPSY)
Setiausaha Pemuda Sosialis DAP

Posted in hebahan | Leave a comment

MAWI PERJUANGAN MU MASIH KAMI RASAI & SALAM BERBAHAGIA


AMK Johor mengucapkan tahniah diatas pengumuman mantan pejuang kita ini untuk mengakhiri zaman bujangnya pada 20hb Dis 2008 nanti. Masih teringat ketika AMK Senai yang pada ketika itu diketuai oleh Sdr. Hasnizam, beliau telah bertungkus lumus menyertai apa juga program dan gerak kerja yang PKR Bahagian Senai dan Negeri Johor anjurkan ketika itu.
Pengorbanan dan kerjasama beliau bersama AMK memanjat pokok, tiang dan tembok untuk memasang bendera dan sepanduk amat-amat kami hargai dan kami mengharap saudara mawi masih bersama kami walaupun tidak seaktif dulu. Sokongan beliau masih kami perlukan.
AMK Negeri Johor mendoakan Saudara Mawi berjaya dan tabah dalam karier yang beliau ceburi. Semoga Berbahgia dan Semoga Impian Menjadi Kenyataan.
Mawi jasa-jasamu bersama kami amat kami kenangi.

Terima kasih daun keladi.

Posted in hebahan | Tagged | Leave a comment

Pastikan Najib tidak menjadi PM Malaysia!

AMK Muar menyeru seluruh rakyat Malaysia umumnya dan pimpinan Pakatan Rakyat bertindak segera dalam memastikan Najib Razak tidak menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-6. Saranan ini juga selaras dengan peralihan kuasa dari BN kepada Pakatan Rakyat yang diusahakan oleh Ketua Umum PKR dan Pemimpin Agung Reformasi, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta para pimpinan Pakatan Rakyat.

Sehubungan dengan itu, AMK Muar ingin menyeru dan merayu kepada pimpinan Pakatan Rakyat merealisasikan hasrat ini dengan memastikan Kerajaan BN tumbang sebelum Mac 2008, iaitu tarikh yang diwar-warkan sebagai peralihan kuasa daripada Abdullah Badawi kepada Najib Razak.

Najib, diketahui umum dengan moral yang begitu rendah, terlibat dalam pelbagai penyelewangan wang rakyat seperti skandal komisen kapal selam dan jet pejuang dan dikaitkan juga dengan kes pembunuhan wanita Mongolia (walaupun dinafikan dengan sumpah di Permatang Pauh sahaja!). Dengan skandal-skandal memalukan ini, rakyat Malaysia pasti akan dipandang hina dimata negara lain kerana berPM kan manusia seperti Najib.

Atas kesedaran ini, AMK Muar sekali lagi merayu kepada pimpinan Pakatan Rakyat agar menyegerakan peralihan kuasa daripada kerajaan BN kepada kerajaan baru Pakatan Rakyat.

AMK Muar akan menggerakkan jentera menuju sasaran dan objektif ini dalam bersama-sama Menuju Malaysia Baru!!

Reformasi! Reformasi! Reformasi!

…dan apabila sampai waktunya, keluarlah dan pertahankan kebenaran dan hak-hak kamu!..

Posted in hebahan | Tagged | Leave a comment

SYAWAL BERSAMA AMK JOHOR

Salam Eidul Fitri kepada semua. AMK Johor dengan ini memaklumkan bahawa semua dipelawa untuk ke majlis Sambutan Eidul Fitri AMK PKR Johor. Maklumat seperti berikut :-

Tempat : Pejabat AMK PKR Johor di Simpang Ranggam , Kluang, Johor
Tarikh : 26hb Oktober 2006 ( Ahad )
Aturcara :
1. 3.00 pm – 5.00 pm – Jamuan Sambutan Syawal
2. 6.00 pm – 6.45 pm – Mesyuarat AMK PKR Johor
3. 7.15 pm – 8.30 pm – Perjumpaan tertutup semua ahli & AMK Johor
4. 9.00 pm -11.00 pm – Ceramah Umum

Untuk sebarang pertanyaan saudara/saudari boleh hubungi kami di email amkjohor@yahoo.com atau hubungi Sdr. Mohd. Nazri

Posted in hebahan | Tagged | Leave a comment