Insiden Kampung Plentong Tengah Bukti Umno Pengkhianat Melayu – Ketua AMK Malaysia

Johor Bahru, 16 Oktober – Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menggesa supaya Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri bertanggungjawab sepenuhnya untuk memberi penjelasan segera mengenai insiden perobohan kawasan perumahan penduduk Kampung Plentong Tengah, Johor hari ini.

Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin, AMK begitu kesal dengan kebaculan polis yang sanggup mengerah tenaga sehingga mengancam nyawa warga Kampung Plentong Tengah sehingga mengakibatkan 27 individu ditahan dan beberapa individu termasuklah ketua dan imam kampung cedera dan dikejarkan ke hospital.

“Kebiadapan anggota polis dan samseng upahan mengasari warga emas, wanita dan anak kecil yang berhimpun mempertahankan hak mereka adalah sesuatu yang di luar perikemanusiaan,” tegas Shamsul yang turut berada di tempat kejadian.

Polis dan juga FRU dengan kekuatan seramai 500 anggota bertindak nekad merempuh benteng manusia yang dibentuk di kalangan warga kampung dengan bantuan AMK serta Pemuda Pakatan Rakyat.

Pimpinan AMK khususnya AMK Johor bersama-sama Pemuda Pakatan Rakyat telah berkampung di Kampung Plentong Tengah sejak 15 Oktober lagi sebagai sokongan moral untuk mengelakkan Kampung Plentong Tengah dirobohkan oleh pihak pemaju.

Apa yang lebih menyedihkan, menurut Shamsul, ialah ketiadaan hatta seorang pun pimpinan Umno termasuklah ADUN dan Ahli Parlimen yang selama ini begitu hebat melaungkan slogan ‘Ketuanan Melayu’ dan menobatkan Johor sebagai kubu kuat Umno.

“AMK kesal kerana dalam masa yang sama Menteri Besar Johor sedang menjamu para Exco dan ADUN Umno-BN tanpa mempedulikan nasib warga kampung yang tertindas teruk di sini.

Jika inilah sikap bacul yang ditunjukkan oleh pimpinan Umno-BN, jelas terbukti bahawa mereka pengkhianat Melayu yang sebenar,” tegas Shamsul.

This entry was posted in hebahan and tagged , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Insiden Kampung Plentong Tengah Bukti Umno Pengkhianat Melayu – Ketua AMK Malaysia

  1. bgs2…camnie la br pejuang sejati…
    hehehehe…
    ermmm.
    nk tnye skit jgn marah..
    banner kt headline tu mcm knl je la…
    kekekkekeke…
    mcm copy paste dr http://johorpkr.wordpress.com/
    hehehehe…

  2. amkmuar says:

    ye..memang copy..tp tak terus paste…kena cut dulu… he..he..he..
    Salam Reformasi..

    Sila kunjungi http://www.RencanaRakyat.com

    T.Kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s