AMK Johor dengan kerjasama AMK Kulai dengan sukacita akan menganjurkan SEMINAR INSENTIF kepada semua golongan usahawan untuk menceburi, memperbaiki dan meluaskan perniagaan kepada peserta. Ia terbuka kepada semua sahaja. Maklumat aktiviti :-
1. Pembentangan Kertas kerja oleh Usahawan yang telah menjadi Jutawan ( nama dirahsiakan )
2. Ucaptama oleh Menteri Selangor .
3. Taklimat khas cara-cara membuka syarikat, memohon lesen dengan Kementerian Kewangan.
4. Amanat Khas dari Mantan Menteri kewangan Malaysia Dato Seri Anwar Ibrahim perihal perniagaan globalisasi.
5. Taklimat khas dan perbincangan risiko perniagaan kearah bankrupsi dan syarikat muflis.
6. Kertas kerja pemilihan rakan kongsi dan jumlah dana perniagaan
7. Kertas kerja bertajuk “ Pemilihan modal dan rakan Kongsi kearah Bankrupsi”
8. Download ‘Borang Penyertaan’ .
* Program jadual seminar lengkap hanya diberikan hanya diberikan kepada peserta yg mengesahkan pendaftaran sahaja.
* Seminar tersebut akan diadakan di Lembah.
* Seminar tersebut akan diadakan di Lembah.
* Tarikh akan dimaklumkan kelak ( Disember 2008 )
* Untuk pendaftaran sila hubungi En. Zabidie Abas dan En. Mohamad Nazri atau email ke : amkjohor@yahoo.com
Mohamad Nazri Ismail
Setiausaha AMK Johor
::
Salam dan maaf dipohon.
Tulisan saya terkeluar daripada topic yang di atas. Walaubagaimanapun izinkan saya gunakan landasan blog ini untuk menyampaikan luahan hati rakyat.
Harapan saya agar segala luahan hati rakyat di sini akan menjadi pemangkin semangat dan penggerak tindakan kepada wakil-wakil rakyat yang telah kita amanahkan untuk menjalankan kewajipan mereka sebaik mungkin.
Tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk memilih pemimpin telah kita lakukan. Tanggungjawab kita untuk membahagiakan dan mengharmonikan kehidupan berkeluarga telah dan sedang kita laksanakan. Tanggungjawab kita untuk bekerja mencari nafkah menyara keluarga sedang kita tunaikan. Tanggungjawab kita untuk memastikan keharmonian hidup bermasyarakat sentiasa kita utamakan.
Sekarang adalah masa kita menyemak dan menegur wakil rakyat-wakil rakyat yang telah kita semua pilih untuk mengangkat martabat agama, bangsa, negara dan warisan kita seluruhnya.
Seruan saya kepada ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Selangor khusus, sila beri perhatian kepada http://www.kerajaanrakyat.com , kerana jika kalian gagal dalam menjalankan amanah yang telah rakyat sandarkan kepada kalian, kami akan bangkit menentang kemungkaran kalian.
Salam takzim
http://kerajaanrakyat.com/
::